CLICK HERE !!!

RESEPI


:: AISKRIM KEK VANILA ::



Bahan-bahan:
500gm gula pasir
1.5 liter susu segar
1 tin susu pekat
5 biji telur | dipukul
1 sudu teh esen vanila
50gm pes vanila
1 biji kek cawan coklat
1 biji ceri merah
4 hiris pic dalam tin
50gm koktail buah-buahan

Cara memasak:

1. Pukul gula pasir bersama susu segar, susu pekat, telur serta esen vanila hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan pes vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan beku di dalam peti sejuk.
4. Hidangkan aiskrim bersama kek coklat, buah-buahan koktail, buah pic serta ceri merah di atasnya.

___________________________________________________________________________

KEK LAPIS COKLAT


Bahan A
375g mentega
4 sudu besar susu
2 sudu teh pes coklat
1 sudu teh esen kopi

 Bahan B
22 biji kuning telur
2 biji putih telur
220g gula kastor halus
120g tepung gandum
25g serbuk koko
5 sudu besar susu tepung
1 sudu besar penstabil kek

Hiasan
100g coklat masakan - cairkan
50g coklat urai

Cara Membuat

  1. Putar telur dgn gula hingga kembang, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Apabila sebati, masukkan penstabil kek dan putar hingga sebati.
  2. Masukkan serbuk koko dan susu tepung, gaul sebati.
  3. Masukkan adunan A, gaul sebati.
  4. Tuang 1 cawan adunan ke dlm loyang segi empat brukuran 9" x 9" yg telah dilenser dgn lemak sayuran dan bralas kertas minyak.
  5. Bakar kira-kira 5 minit atau hingga masak. Keluarkan dan tekan permukaan kek dgn penekan khas. Bubuh 1 cawan lg adunan ke atas kek dan ulangi proses mmbakar dan melapis hingga semua adunan habis.
  6. Pada lapisan terakhir, gunakan api bawah dan teruskan mmbakarpada suhu 170'c selama 20 minit lg atau hingga kek masak.
  7. Keluarkn kek dari loyang semasa masih panas. Hias dgn coklat cair dan coklat urai apabila sejuk sedikit